Tuesday 22 February 2011

ENOUGH MONEY FOR RETIREMENT?


Sumber : http://biz.thestar.com.my/news/story.asp?file=/2009/7/15/business/4318886&sec=business
Suda

Wednesday July 15, 2009

Is your EPF money enough for retirement?

Personal Investment - A column by Ooi Kok Hwa


A look at whether a retiree can survive after losing monthly income and with only EPF savings to rely on
SOME studies conducted in Malaysia have shown that most retirees spend all their EPF money within three years of their retirement. Given that the average lifespan for a Malaysian is 75 years, if we retire at 55 and spend all our EPF money within three years, a lot of us will be wondering how to survive from 58 to 75.
The most worrying question that most of us will be asking is how to survive retirement when we lose our steady stream of monthly income to cover our daily expenses.
However, if we have been building an investment portfolio apart from EPF money, we would not be able to generate a source of returns from our own investment portfolio.
In reality, a lot of us have been spending most of our savings, including part of our EPF savings on our children’s education and clearing debts on house and car purchases, which leave us with not much savings for our retirement.
With this general concern in mind, let’s look into how much of our EPF money we can afford to spend to have enough for our retirement based on the our local conditions and some assumptions.
Generally, an average Malaysian starts working at 25 and reaches retirement at 55 (after 30 years of working), thereafter living the remaining 20 years (until 75) relying on the EPF savings.
We will assume a starting pay of RM1,500, growing at the rate of 8% per annum; an average bonus of two months per annum, average EPF returns of 5%, total EPF contribution of 23% (employer: 12%, employee: 11%) and inflation rate of 3%.
Our main objective is to test how much EPF money we can spend until we use it all up.
Our analysis shows that if we are able to live with just one-third (or 33%) of our last drawn salary, the EPF money should be able to support us for 20 years until we pass away at 75.
From the example below, if a person’s last drawn salary is RM13,976 at 55, he can only afford to spend one-third or RM4,612 per month after retirement (1/3 x RM13,976).
However, if his spending exceeds the one-third level, such as 50% or the full amount of his last drawn salary, his EPF money can only last 12 or five years respectively.
Even though our computations are based on a lot of assumptions and hypothetical scenarios, our objective is to bring to your attention that we need to be careful in spending our EPF money and control our expenses once we retire.
We will need to adjust our lifestyle after our retirement, especially for those of us that are used to spending most of our take-home pay when we are still working.
Once we lose the regular income source and are relying just on the savings, we will need to plan carefully in order not to out-live our savings. In this example, we can only afford to spend 33% of our last salary after retirement!
Everyone has different financial situations. However, we need to plan for our retirement. If possible, we need to build our own investment portfolio apart from the EPF savings. We may need to seek some part-time jobs after retirement if our financial resources do not permit us to stop working. Besides, we need to clear all our outstanding debts before retirement.
We also need to buy enough life and medical insurance for ourselves as well as set up education funds for our children.
Last but not least, one important point to note is that our computation is based on the assumption that we are still able to generate 5% returns after retirement.
Unless we have the skills and knowledge to generate the returns, putting the money back in EPF and letting EPF generate returns may be a good option. For the average person, we feel that it is not easy to generate 5% returns annually over a long period of time.
● Ooi Kok Hwa is an investment adviser and managing partner of MRR Consulting

RANCANG DANA PERSARAAN SEBELUM BERUMUR 30 TAHUN


Sumber : http://www.utusan.com.my/utusan/arkib.asp?y=2006&dt=0814&pub=utusan_malaysia&sec=rencana&pg=re_02.htm&arc=hive

Oleh RUSMA IBRAHIM

JIKA anda berusia kurang daripada 30, besar kemungkinan anda belum memikirkan tentang persaraan anda. Dan tiada sebab untuk anda merancang sejauh itu? Persaraan adalah sesuatu yang sangat jauh ke hadapan dan apabila masa itu tiba, anda menyangka anda sudah meraih sejuta ringgit dan hidup dalam kegembiraan? Salah.

Realitinya sangat berbeza seperti berikut:
1. Walaupun persaraan seperti dilihat masih jauh lagi, sebenarnya tidak.
2. Sejuta ringgit memang jumlah wang yang besar, tetapi hanya segelintir daripada kita akan memiliki simpanan sebanyak itu.
3. Selepas bersara, kebanyakan kita akan hidup selama 20 hingga 25 tahun lagi tanpa sebarang pendapatan.
4. Inflasi akan menghakis kuasa membeli simpanan anda.
5. Secara purata, seorang yang bekerja dan mempunyai simpanan persaraan sebanyak RM100,000, akan membelanjakan duit tersebut dalam tempoh 10 tahun saja.

Panik? Jangan. Mengambil berat? Ya.

Rakyat Malaysia harus memikirkan dengan serius tentang simpanan bagi persaraan masing-masing dan mengambil langkah proaktif untuk membuat perancangan mengenainya termasuk mereka berusia kurang daripada 30 tahun atau baru memulakan kerjaya.

Ketika ini, sebahagian besar pekerja sektor swasta di Malaysia bergantung sepenuhnya kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk persaraan mereka. KWSP adalah skim tabungan yang mewajibkan ahli menyimpan sekurang-kurangnya 11% daripada pendapatan bulanan mereka dan 12% daripada majikan mereka. Ini bermakna 23% daripada pendapatan seseorang disimpan setiap bulan dalam akaun KWSP masing-masing. Kadar caruman 23% ini hanya kadar yang diwajibkan. Ahli dan majikan atau kedua-duanya boleh menyimpan melebihi kadar tersebut.

Berdasarkan rekod KWSP, purata simpanan seorang ahli KWSP adalah RM100,000 apabila mencapai usia 54 iaitu setahun sebelum bersara. Bagaimanapun, sebahagian besar pesara didapati menghabiskan keseluruhan wang itu dalam tempoh kurang daripada 10 tahun.

Purata jangkaan hayat rakyat Malaysia pada umur 55 tahun ialah : 83 tahun untuk wanita dan 78.6 tahun untuk lelaki. Bayangkan jika seseorang itu bersara pada umur 55 tahun dan menghabiskan simpanan KWSP dalam tempoh 10 tahun. Bagaimana mereka membiayai kehidupan selama 13 hingga 18 tahun lagi?

Selain daripada jumlah simpanan yang ada ketika bersara, faktor-faktor berikut juga perlu diambil kira:

1. Inflasi dan peningkatan kos sara hidup
Jika anda seorang kanak-kanak pada 70-an dan 80-an, anda mungkin pernah mendengar ibu bapa anda mengatakan, “Bila saya mendapat gaji pertama, saya berikan semuanya kepada emak, dan emak berikan saya RM50 untuk dibelanjakan.”
Bagus sekali. Daripada muda lagi telah mula menabung tetapi persekitaran sekarang adalah berbeza. Cara hidup dan keperluannya telah berubah. Dalam lain perkataan, golongan muda hari ini perlu mengeluarkan banyak wang untuk kehidupan harian berbanding ibu bapa mereka.

2. Perubahan norma sosial
Walaupun era memberikan seluruh gaji kepada emak anda mungkin sudah berlalu, pekerja muda hari ini masih memberikan sejumlah kecil gaji mereka kepada ibu bapa mereka sebagai penghargaan.
Bagaimanapun, aliran ini akan berubah bagi generasi akan datang. Hari ini, lebih ramai orang berkahwin dan mempunyai anak pada usia yang lebih tua, sekali gus menyebabkan mereka mempunyai anak kecil untuk dibiayai termasuk bagi perbelanjaan pendidikan anak- anak walaupun mereka sudah mencecah usia persaraan.

3. Kos dan keperluan perubatan
Semakin kita tua, semakin kita memerlukan rawatan perubatan. Kos perubatan pula semakin meningkat dengan mendadak. Kita akan menghadapi kesulitan kewangan untuk membiayai rawatan perubatan terutama golongan yang tidak mempunyai insurans perubatan.
Jika semua faktor ini diambil kira, kemungkinan besar simpanan KWSP kebanyakan ahli tidak mencukupi untuk memenuhi semua keperluan persaraan mereka. Jalan penyelesaiannya ialah berusaha meningkatkan simpanan untuk persaraan mengikut kemampuan masing-masing.

Tetapi bagaimana?

Menabung! Menabung! Menabung! Sebenarnya tiada jalan mudah. Menabung sebahagian pendapatan bulanan anda dengan tujuan persaraan dan tidak membelanjakan simpanan tersebut sebelum anda bersara membolehkan anda memiliki simpanan dalam jumlah yang lebih besar untuk persaraan.
Disiplin diri sangat penting. Anda harus menetapkan sasaran simpanan setiap bulan. Bandingkan pendapatan bulanan dengan perbelanjaan perlu seperti hutang rumah dan kereta, insurans, makanan, pengangkutan dan lain- lain. Kemudian tentukan jumlah yang akan disimpan setiap bulan. Pastikan anda berdisiplin dalam soal simpanan ini. Apabila anda mendapat gaji, keluarkan jumlah yang ditetapkan dan masukkan ke dalam akaun simpanan itu.

Katakan anda tinggal dengan ibu bapa anda dan mempunyai pendapatan bersih kira-kira RM2,500 sebulan. Anda perlu membayar ansuran pinjaman kereta, bayaran skim insurans, membayar bil telefon mudah alih, memberikan sejumlah kecil kepada ibu bapa anda setiap bulan, selain membantu membayar dua atau tiga bil di rumah. Anda mungkin boleh membuat perkiraan seperti ini:

Baki gaji anda pada setiap akhir bulan adalah RM570. Daripada berbelanja wang berkenaan secara tidak berfaedah, mengapa tidak anda menyimpan sebanyak RM200 atau lebih untuk masa depan anda?
Jika anda mempertimbangkan untuk menyimpan RM200 sebulan bagi keseluruhan tempoh kerjaya anda, katakanlah selama 30 tahun, jumlah keseluruhan simpanan anda ialah RM72,000. Jika dicampur faedah ke atas simpanan tersebut, jumlah ini dengan mudah akan berganda kepada RM144,000 apabila anda bersara. Dicampur dengan simpanan KWSP sebanyak RM100,000, anda akan bersara dengan lebih selesa.

Anda juga tidak harus lupa bahawa wang yang disimpan akan bertambah dan apabila ia bertambah, anda perlu bijak untuk menabung dan di mana ia harus dilaburkan. Mempelbagaikan saluran simpanan memerlukan anda membuat keputusan yang bijak. Bertanya dan belajar mengenai manfaat menyimpan wang dalam simpanan tetap dalam institusi kewangan terkemuka atau melabur dalam saham amanah.
Anda juga boleh membeli insurans yang memberikan perlindungan sepanjang hayat, kemalangan, perubatan, endowmen, dan juga pendidikan untuk anak-anak. Jika anda memiliki insurans tersebut, anda tidak perlu mengeluarkan simpanan KWSP bagi membiayai kos perubatan yang tidak dijangka atau membayar yuran pendidikan tinggi anak-anak di kemudian hari. Ini akan memastikan simpanan KWSP untuk persaraan adalah lebih besar nilainya.

Hartanah juga satu bentuk pelaburan yang baik dan harus dipertimbangkan selepas seseorang mempunyai simpanan yang mencukupi. Walaupun KWSP membenarkan ahli mengeluarkan simpanan daripada Akaun II untuk membeli rumah, adalah lebih bijak wang simpanan KWSP anda tidak dikeluarkan jika anda mampu mendapatkan pembiayaan perumahan daripada bank.
Persaraan dan perancangan kewangan memerlukan banyak pertimbangan, perancangan dan disiplin. Menabung ketika memulakan kerjaya pada usia muda akan memudahkan dan mengurang beban pada kemudian hari.

Walaupun menabung wang bukan sesuatu yang mudah terutama dengan pelbagai tarikan daripada pasaran pengguna, ia adalah kaedah yang membolehkan anda bersara dengan lebih selesa. Kepada mereka yang berhadapan dengan masalah untuk menabung, terdapat satu lagi pilihan akhir yang mudah bagi memastikan anda mempunyai simpanan yang mencukupi apabila bersara iaitu bersaralah pada usia 75 tahun!

Friday 18 February 2011

PERSARAAN SELESA

Persaraan selesa merupakan satu pilihan... ianya adalah impian bagi setiap individu apabila tiba masanya kelak.  Ada yang memulakan persaraan setelah tempoh bekerjanya 'matang'... dan ada yang bersara melalui pilihan masing-masing.  Apa yang pentingnya di sini, bagi menikmati persaraan selesa, ianya perlu dirancang, samada dari aspek kewangan, masa dan sebagainya.  Sedikit perkongsian dari segi perancangan dari aspek kewangan...




Thursday 17 February 2011

SUDAH BERSEDIA UNTUK PERSARAAN?

“Lebih kurang 70% daripada penyumbang-penyumbang (pencarum) yang mengeluarkan wang simpanan KWSP mereka pada umur 55 tahun habis membelanjakan wang simpanan tersebut dalam tempoh 3 tahun.”
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
(Sumber: NST, 27 Disember 2008)
Consider this findings:
The Malaysian population is ageing fast. In 2020, 30% of the population will be aged 60 years and above. There may not be enough children to take care of the elderly parents.
Our years in retirement are getting longer: the life expectancy for Malaysian males increased from 68.8 years in 1991 to 71.8 years in 2006, and from 73.4 years to 76.3 years for females.Those who have insufficient EPF savings and have not taken steps to provide for their retirement are more vulnerable to poverty in old age.
(Sources: World Health Report & Malaysian Medical Association)
Ramai orang telah sedar betapa perlunya mempunyai wang yang cukup selepas persaraan. Bagi kakitangan awam, mereka boleh bergantung kepada skim pencen untuk meneruskan kehidupan mereka, selain dari wang gratuiti yang mereka terima secara sekaligus. Walau bagaimanapun, masih terdapat lagi rakan-rakan ‘veteran’ kita yang masih bekerja di pelbagai sektor dengan alasan berasa ‘ bosan’ tinggal di rumah… Benarkah?   Saya tinggalkan kenyataan tentang pesara kakitangan awam ini untuk kita fikirkan bersama.
Bagi pekerja swasta, majoritinya, KWSP merupakan satu-satunya tempat yang mereka ada sebagai tabung untuk persaraan kelak. Lebih membimbangkan mereka merasakan tabungan KWSP sudah memadai untuk digunakan sepanjang tempoh persaraan. Walhal, secara puratanya, pencarum KWSP hanya mempunyai simpanan kurang dari RM100,000 apabila mereka berusia 55 tahun.
Bayangkan, sekiranya kita merujuk ‘findings’ di atas, kita boleh bertahan sehingga umur 75 tahun untuk hidup, maka kita memerlukan tabungan yang mencukupi untuk 20 tahun selepas persaraan pada umur 55 tahun.
Dengan simpanan sebanyak RM100,000 yang perlu digunakan selama 20 tahun (abaikan kos inflasi dan kos serta faedah-faedah lain) maka jumlah wang yang ada untuk kita gunakan setiap bulan adalah sebanyakRM416.67 sahaja. Cukup ke?
APA YANG SEPATUTNYA ANDA LAKUKAN?
Artikel ini dipetik dari afdhalwealth.com